Saturday, February 03, 2007

ORANG SAINS vs ORANG SASTERA

Kadang-kala, masyarakat kita selalu membeza-bezakan perkara yang tidak penting. Contohnya ialah pandangan berbeza yang diberikan kepada ‘orang sains’ dan ‘orang sastera’. Kata orang, ‘budak-budak sains’ adalah golongan pandai-pandai yang menjadi harapan bangsa dan negara. ‘Budak-budak sastera’ pula adalah golongan kelas bawah yang cuma jadi pelengkap, kurang bijak dan bermasalah. Dari segi logik akal, kenyataan ini sudah tentulah salah 100%. Minat setiap manusia kan berbeza-beza.

Tapi ini pandangan orang lama-lama. Rasa-rasanya mungkin tiada lagi persepsi negatif seperti ini sekarang. Pada zaman dunia tanpa sempadan ini, mestilah pemikiran juga sudah menjangkau jauh. Lagi pula, manakan lengkap dunia ini kalau hanya ada ‘orang sains’ sahaja kan.

Dahulu pernah seorang kawan memberitahu saya, kalau ada sekuntum bunga, dan bunga itu kita berikan kepada ‘orang sains’, dia akan mengkaji setiap bahagian bunga itu, sampai ke akarnya. Jika bunga itu kita berikan kepada ‘orang sastera’, dia akan bercerita segala-galanya berkenaan bunga itu, sampai ke setiap sifatnya yang tidak kelihatan.

Saya, mahu jadi kedua-duanya. Mahu jadi orang sains dan sastera. Mahu jadi orang yang bercerita berdasarkan apa yang saya kaji. Mudah-mudahan cita-cita yang tingginya melebihi langit ini akan berjaya saya gapai. (“,)

3 comments:

Anonymous said...

1. saya teringat hanihamsyari, ode, nissa sendiri. orang sains yang bersastera. tahniah.
saya orang sastera yang tak pandai sains kecuali sain (tandatangan). ha ha ha

2. wajah nissa dalam profile likat di ingatan... salam seksyen tujuh

Anonymous said...

Salam. Tiada beza orang sastera dan sains. Tiada apa yang dibanggakan. Saya juga orang sains dan dalam masa yang sama bersastera.

Anonymous said...

Mungkin pendapat yang kata orang sains itu orang-orang bijak pandai, sedangkan orang sastera pula orang-orang yang kurang bijak, sebab di sekolah-sekolah kadang-kadang meletakkan syarat yang tinggi untuk mengambil subjek sains. Sedangkan tiada syarat untuk mengambil subjek sastera.