Katakan saya memang marah, geram dan bengang. Entahlah.
1) Saya memang tak suka dengan orang-orang yang tak pandai hormat orang lain. Aduh ini memang saya menyampah sangat-sangat. Rasa macam nak balas, tapi etika diri saya melarang.
2) Lebih-lebih tak suka orang yang bangga mengaku dia bekas ‘budak sekolah agama(BSA)’ tapi bangga pakai baju sendat, seluar ketat, tudung tersekat, buat maksiat dan boleh pulak cerita dengan bangganya apabila ada orang tegur dan dia balas. Contohnya begini (contoh sahaja):
Orang(katakan jantina lelaki): Eh baju kau tu nampak pusatla.
BSA: Lah kau ni, kalau orang dah bagi tengok tu, tengok jela. Janganla bising-bising.
3) Lagi tak suka dengan orang yang asyik cerita pasal boyfriend. Saya fahamlah dalam Malaysia ni dia seorang saja yang ada boyfriend tapi tak payahla kepoh-kepoh macam orang lain tak ada cerita.
4) Tak suka lagi dengan orang yang akan kata pada saya, (contohnya), “kau ni asyik tak suka orang, macamlah kau tu baik sangat” kerana orang bercakap tu tak rasa apa yang saya rasa. Dia boleh bagi hujah-hujah meleret dengan contoh lengkap sedangkan dia tak pernah ada pun dalam situasi macam saya.
Minta maaf saya buat luahan emosi. Mungkin boleh jadi renungan untuk kita semua (terutama saya). Mungkin ramai yang mahu kata “kau ni asyik tak suka orang, macamlah kau tu baik sangat”. Anda boleh kata, kerana anda tak rasa. Atau ada yang mahu kata “alah itu baru sikit, cabaran hidup aku lagi dasyat dari tu”. Anda boleh kata juga kerana mungkin sifat sabar anda lebih hebat daripada saya.
Saya bukan orang yang baik sangat, atau hebat sangat, atau bagus sangat sampai mahu tegur orang itu,ini. Tapi saya ada sedikit ilmu dan juga terlalu sedikit kebaranian untuk menegur.
Cuma satu ayat yang menjadi pegangan saya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah, ayat 286)

No comments:
Post a Comment