Monday, April 23, 2007

PERTEMUAN

Setelah melalui hari-hari penuh kegeraman dan rasa tidak suka yang tak sudah-sudah, akhirnya saya berjaya melalui minggu-minggu penuh ceria termasuklah hujung minggu yang menggembirakan.

Sabtu lalu, saya bertemu beberapa orang mantan MPR dalam sessi ringkas perbincangan beberapa aktiviti kami. Seronok dan teruja apabila dapat berkenalan dengan senior-senior MPR yang kebanyakan hanya saya kenal melalui nama.



Dari kiri: Rauf(MPR 2004), Ode(MPR 2002), Kak Hani(MPR 2000), Kak Ida Munira(MPR 2004), Kak Ummu Hani(MPR 1999), Fieda(MPR 2006), Firdhaus(MPR 2006), Azree Ariffin(MPR 2005), Azree Hanifiah(MPR 2006) dan saya (sedang mengambil gambar(“,)

Selesai mesyuarat, saya, Fieda, Kak Hani, Azree Ariffin dan Ode menggunakan masa sepenuhnya dengan jalan-jalan sekitar Pasar Seni sebelum kami menemui sesuatu yang mengejutkan di Times Square(akan diceritakan kemudian).

Pada hari Ahad, saya bertemu seorang lagi mantan MPR(ini bukan mantan sembarangan), mentor saya, Kak Nisah Haron bersama Azree dan Fieda sempena Seminar Pencinta Buku di Perpustakaan Shah Alam. Sempat juga saya bergambar bersama Pak Samad sebelum kami semua mendengar pembentangan Kak Nisah berkenaan Ujana Ilmu sebagai sebuah kedai buku maya.


Fieda dan Kak Nisah di tempat jualan Ujana Ilmu.

Inilah ciri-ciri protégé yang baik, sanggup duduk bersila walaupun ada kerusi=)

3 comments:

Anonymous said...

...dan kita hanya kenal melalui nama, karya dan suara saja.

Azree MH said...

Dan yang pasti lepas ini kena gunakan ilmu yang telah dipelajari!

Ilmu masuk seminar secara percuma! Haha.

Lenkali kena belajar daripada orang yang sudah pergi seminar banyak kali.

Ingat pesan Puan Robiah Kulop Hamzah, "Carilah ilmu dgn pergi ke seminar-seminar. Walau tak punya duit. Pergi je buat muka tak malu masuk secara percuma!"

Anonymous said...

alahai sayu je bunyinya abg jebat=)

azree, ilmu tu akan saya praktikkan untuk masa2 akan datang.hehehe