i
Aduh.. ralat sungguh rasanya, buat kesekian kalinya tahun ini masih lagi tidak berjaya menjejakkan kaki di Pesta Buku Antarabangsa. Padahal, secara analitikalnya, tahun ini merupakan permulaan paling mudah untuk saya hadir. Tapi, inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk sesuatu yang lebih perlu diutamakan.
Bercakap tentang pesta buku, sewaktu saya sedang duduk-duduk bersantai pada suatu petang yang tenang, saya terdengar perbualan antara dua orang pelajar universiti. Lebih kurang begini:
pelajar1: kau tak pegi pesta buku kat PWTC tu ke?
pelajar2: kau nak suruh aku cari buku ape kat situ?
Lah, macam ni rupanya pemikiran remaja-remaja cemerlang sekarang. BUKU hanyalah teks yang perlu dibaca untuk lulus exam.. Buat malu universiti jelah!
Budak U mana la tu agaknya...
ii
Cara yang paling berkesan untuk mendapat kefahaman yang sempurna berkenaan
sesuatu ilmu ialah mengulangi bacaan. Sebagai buktinya, bacalah riwayat hidup para ilmuan dan ulama Islam. Antaranya:
1) Ibnu Sina mengulangi kitab "Apa di Sebalik Metafizik" karya Aristotle sebanyak 40 kali.
2) Al-Farabi mempelajari kitab "Jiwa" 200 kali dan
kitab "Pendengaran Semulajadi" 40 kali.
3) Abbas Al-Farisi membaca sebuah kitab sebanyak 1000 kali.
4) Ibnu Ats-Tsaban menekuni kitab "Al-Mudawwanah" 1000 kali.
5) Al-Abhari Al-Maliki mengulang kitab "Mukhtasar Ibnu Abdil Hakam" 500 kali,
kitab "Al-Muwatta" 45 kali,
kitab "Mukhtasar Al-Barqiy" 70 kali dan
kitab "Al-Mabsut" 30 kali.
6) Al-Hafiz As-Samarqandi membaca "Sohih Muslim" sekitar 30 kali.
7) Ibnu Atiyah membaca "Sohih Bukhari" 700 kali.
8) Al-Muhaddis Sulaiman bin Ibrahim membaca "Sohih Bukhari" 280 kali.
Maka apakah lagi contoh yang lebih baik untuk berjaya melainkan mengikuti jejak mereka yang sudahpun berjaya?
Jadi ayuh kita mulakan! (mudah-mudahan kita akan punya masa untuk mengikut jejak para ulama)
Sumber: Petua Menjadi Manusia Pintar-Cerdas, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

No comments:
Post a Comment