Saturday, May 19, 2007

HATI DAN OTAK

Adakah anda percaya, hasil setiap perbuatan kita bergantung kepada niat dan 'ibu pejabat' badan adalah hati?
Orang barat berpegang kuat kepada falsafah 'hasil setiap perbuatan bergantung kepada fikiran'kerana mereka yakin semuanya berpusat di otak.

Apalah salahnya sesekali, kita orang Islam ni, bercanggah pendapat dengan orang lain.
Ibnu Sina boleh berjaya mempelopori penemuan baru yang membawa kepada kemajuan perubatan bermula dengan percanggahan pendapat juga. Pada zaman Ibnu Sina dahulu, majoriti ulama usuluddin menafsirkan perkataan "kalbu" yang terdapat dalam ayat
'dalam jasad manusia ada seketul daging, jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan; jika baik daging itu, baiklah seluruh badan; daging itu adalah kalbu.'
sebagai 'hati'. Tetapi Ibnu Sina menafsirkan perkataan 'kalbu' itu secara fizikal, iaitu sebagai jantung, atas alasan kesihatan jantung mempengaruhi kesihatan seluruh badan. Semestinya berlaku percanggahan. Tapi, lihat hasilnya kini, jika beliau tidak berani memlantangkan pendapatnya itu, mungkin Qanun Fi At-Tibb tidak akan wujud hari ini.


Berbalik kepada soal hati dan niat. Kalau dirujuk semula, sebenarnya, Rasulullah telah menyebutkan dalam hadisnya : sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. (Jadi sebenarnya orang baratlah yang bercanggah pendapat dengan kita!)

Cuba minum secawan kopi pada waktu malam dengan niat sekadar untuk minum-minum. Anda tidak akan mendapat sebarang gangguan tidur. (InsyaAllah). Melainkan sambil minum-minum tu hati anda berdetik "malam ni mesti susah nak lelap". Walaupun anda hanya berkata-kata dalam hati, percakapan itu sebenarnya dengan jelas didengar oleh otak, dan otak akan menggunakan 'kepantasannya' memproses setiap patah perkataan yang tidak pun tercapai dek telinga itu. Maka 'pekeliling' rasmi akan dihantar secepat mungkin kepada mata supaya "malam ini susah lelap"

Ataupun cuba makan nasi lemak sebelum ke pejabat, dengan niat untuk sarapan. Pasti anda boleh menjalani hidup seperti biasa, kecuali telah terdetik di hati yang "kalau makan nasi lemak mesti mengantuk"

Perhatikan kembali contoh-contoh tadi. Setiap 'lintasan' yang mengganggu bermula di hati, barulah otak mula berfikir mengenainya.

Jadi, adakah anda percaya, hasil setiap perbuatan kita bergantung kepada niat dan 'ibu pejabat' badan adalah hati?

2 comments:

Azree MH said...

Yerp. Setuju. Baru hari itu saya menonton filem dokumentari The Secret-Law Of Attraction.

Ia mengajar kita kalau kita hendak sesuatu, bayangkan benda itu betul-betul sehingga kita sendiri dapat merasainya. Boleh baca ulasan saya di blog. http://nuraninafa.blogspot.com/2007/05/baru-sebentar-tadi-saya-menonton-filem.html

Anonymous said...

Terima kasih atas sokongan nisa, alahai baru nak cuba2 dik ... harap2 nisa suka bacanya nanti ok ..