Ada sesuatu yang membuatkan saya tidak tenteram kebelakangan ini. Membaca; aktiviti yang biasanya memberikan terapi juga tidak berhasil. Malam ini, saya menyelak beberapa buku puisi yang ada.
Terakhir, saya menemui sesuatu yang membuatkan saya tersenyum. Saya turunkan semuanya di sini;
Masihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.
Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.
Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.
Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.
Dr. Zurinah Hassan
Dan saya masih tersenyum, walaupun sudah berkali-kali mengulang baca.
Terakhir, saya menemui sesuatu yang membuatkan saya tersenyum. Saya turunkan semuanya di sini;
Masihkah kau bermain seruling

walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.
Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.
Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.
Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.
Dr. Zurinah Hassan
Dan saya masih tersenyum, walaupun sudah berkali-kali mengulang baca.

3 comments:
Sajak ni saya tulis sekitar 1988. Eh mengapa pula tersenyum membacanya? Boleh beritahu kenapa?
Dr. Zurinah, terima kasih kerana berkunjung ke sini.
Selepas membacanya, saya rasa sajak ini dekat di hati. Barangkali itu yang membuatkan senyuman.
Sekitar 1988? Saya baru melihat dunia. Memang karya yang baik tak lekang dek zaman.
Dr Zurinah : belum lagi kalau kami sama-sama mengungkapkan puisi "ingatan pada satu kasih yang tak jadi"
yang itu benar-benar boleh buat tersenyum :)
Post a Comment