Semasa ke Rumah PENA beberapa bulan yang lalu, saya terjumpa sebuah kumpulan puisi Baha Zain, Jalan Desa Ke Kota yang tidak pernah saya temui sebelum ini. Selepas dibelek, ternyata buku tersebut terbitan Pustaka Cipta tahun 1994.
Kebetulan Dato’ Baha juga ada di Rumah PENA pada waktu itu, lantas saya membeli saja kumpulan puisi tersebut dan lekas-lekas mengejar Dato’ Baha untuk mendapatkan tanda tangan. Saya fikir perbuatan ini sudah masuk dalam senarai hobi; mendapatkan tanda tangan penulis.
Kumpulan puisi 55 muka surat ini boleh saya sifatkan ‘mewah’ dengan kualiti kertas yang bagus dan ilustrasi kulit depan yang dihiasi sketsa ‘rumah kampung penyair, 1965’ oleh Latiff Mohidin. Malah, Cik Yana juga sudah memberi komen dari sudut pandangan seorang ‘pembuat’ buku tentang betapa mahalnya kos untuk kumpulan puisi itu.
Berbalik tentang kumpulan puisi tadi, ada sebuah puisi yang menarik minat saya. Pilihan Usia. Bila aku dua puluh / aku tidak memilih angin / tetapi api. Entah saya sudah berada dalam keberanian itu; memilih api. Atau masih terbayang ketakutan kerana hidup dalam keadaan terlalu selesa.
PILIHAN USIA
bila aku lapan belas
aku tidak memilih kesenangan
tetapi cinta
bila aku dua puluh
aku tidak memilih angin
tetapi api
bila aku tiga puluh
aku tidak memilih perubahan
tetapi revolusi
bila aku empat puluh
aku tidak memilih resah
tetapi sepi
bila aku dewasa
aku tidak memilih khayalan
kecuali yang pasti
tanpa ketakutan lagi.
Baha Zain

No comments:
Post a Comment