Thursday, July 17, 2008

KIRI ATAU KANAN

buku-buku yang saya nak beli tu, saya masih belum beli lagi -walaupun sekarang ni duit saya dah banyak.hehehe.. saya fikir, saya perlu habiskan dulu membaca buku-buku yang masih tak habis baca tu, berdisiplinlah sikit!!! (tak pasti berapa lama saya boleh bertahan), kak ina, insyaAllah bila-bila nanti saya datang bertandang. sekarang (dalam tempoh 2 minggu ini) saya hanya beli majalah saja. belek-belek Sastera.net edisi 5, oh ada puisi saya rupanya=) jadi, saya dah ada karya baru yang tersiar!

sangat sedih.
saya selalu rasa bahawa saya masih muda (memang pun saya muda lagi). sampai kini, saya tak pernah meletakkan diri saya sebagai penyokong orang kanan atau kiri. saya hanya memerhati dan berfikir apa yang boleh terjangkau pada fikiran saya. saya masih di tengah-tengah, tapi sebenarnya entri saya banyak pula ke kiri. haha.. berita terbaru ini, saya sangat sedih. saya berdoa moga-moga yang baik akan menang. saya selalu ingatkan diri sendiri, hidup bukan di dunia sahaja, ada akhirat juga. akhirat itu hidup yan tak akan mati. dan saya selalu harap semua orang juga fikir begitu. jadi adalah sangat tidak wajar kita berbuat jahat di dunia ini untuk membina impian sendiri, sedangkan dalam masa yang sama kita sedang menghancurkan hidup abadi di akhirat sana.

apabila seorang manusia paling tinggi dalam kementerian pertahanan berkata bahawa beliau tidak tahu-menahu dan tidak masuk campur dengan tindakan polis yang menahan seseoarang yang dalam perjalanan ke balai polis untuk memberi keterangan sebelum tempoh masa yang diberi kepadanya tamat, saya sangat tak percaya dan saya sangat tak suka!

Sunday, July 13, 2008

3 CERITA

Cerita i – sedang sibuk sangat?

tiada karya –saya sibuk.

Bila ada masa yang sibuk dan banyak kerja macam sekarang ni, saya selalu fikir: betulke saya sibuk?

Entahlah, apabila sibuk, saya terfikir orang lain yang lebih sibuk, contohnya penulis wanita yang sudah berkeluarga, ada anak, ada kerjaya tetap, tapi menulis juga. Waaa kalau dibandingkan saya dengan mereka, jadinya saya ni taklah sibuk mana pun!!! =p


abang ngah, karya sedang diusahakan.hehe


Cerita ii – buku

sudah lama betul saya tak beli novel dan baru. Ada beberapa judul yang asyik menerawang dalam fikiran saya, memang gelisah sebab masih belum beli buku-buku itu.

Tapi buat masa sekarang, saya perlu habiskan dulu membaca sebuah buku Dr. Danial Zainal Abidin, tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dan sebuah novel inggeris.


Cerita iii – pokai

Poket saya sedang kering-kontang sekarang, inilah salah satu sebab kenapa saya perlu berbuat seperti cerita ii di atas =)

Thursday, July 03, 2008

SIJIL DARI FIREFOX

salam.
ingat lagi tentang download day yang saya cakap haritu. mozilla firefox berjaya dapat Guinness World Record for the most software downloads in 24 hours.
dengan sebanyak 8,002,530 downloads.

waaa hebat betul . memang mereka ni bersungguh.
kerana join firefox untuk dapatkan rekod tersebut sampai 8,002,530, mereka berikan saya sijil ini
hehehe sajala nak eksen ini :)

Friday, June 27, 2008

APA SUDAH JADI?

panas betul di sini (Perak) semalam. pihak pembangkang (BN) bertindak memulaukan sidang DUN dan beramai-ramai keluar dari dewan. menonton berita semalam, saya terkenang hal yang sama pernah berlaku lama dahulu, sewaktu Allahyarham AF Ustaz Fadhil Noor masih ada. dalam sidang belanjawan kalau tak salah saya, pembangkang ramai-ramai keluar dari dewan. kedua-dua situasi ini menggunakan protes yang sama. tapi satu perbezaan yang saya jumpa: satu pihak protes keluar dewan kerana pentingkan kepentingan orang awam, satu pihak lagi protes keluar dewan kerana pentingkan kepentingan sendiri.

Thursday, June 26, 2008

MUNGKIN NANTI

macam-macam yang saya jumpa dua tiga hari ni.

-dalam perjalanan pagi kelmarin, sewaktu lalu di pasar pagi, saya terserempak seorang nenek, pakai serkup kepala (tanpa tudung), baju kedah dan .. errr seluar jeans! terpandang saja nenek ini, saya langsung tak rasa nak tergelak, cuma saya fikir nenek ini tentulah sudah jadi mangsa fesyen cucu-cucunya. setiap kali saya melihat manusia-manusia yang layak dipanggil 'nenek', saya akan terus terkenangkan arwah opah saya. arwah opah meninggal 6 tahun lalu, ketika itu saya di asrama. petang opah meninggal, badan saya rasa seram sejuk macam nak demam. waktu itu tak tahu pun opah sakit. pagi esoknya, ayah datang ambil saya untuk pengebumian=( sampai sekarang saya masih fikir, adakah kita memang akan rasa 'semacam' jika 'sesuatu' berlaku pada orang yang kita rapat@sayang?

-petang kelmarin pulak, habis waktu pejabat terus ke pasar raya. saya terserempak pula kereta kancil yang sangat pelik di tempat parking. bukanlah pelik sangat, tapi peliklah juga. warna pink, dan temanya hello kitty. di luar ada gambar hello kitty, aksesori dalam tak payah cakaplah, daripada tempat duduk sampai ke dashboard -semuanya pink+hello kitty. semua tu saya boleh terima lagi, yang paling saya kagum, tempat ekzos dia pun gambar hello kitty. boleh bayang tak, lubang ekzos yang bulat tu, gambar hello kitty?
-duduk dalam kereta semalam, dj radio tu putarkan lagu mungkin nanti. setelah lama kononnya menghayati lagu itu, barulah semalam saya rasa betul-betul faham.
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua di sini
Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

apa daa, lambat baru faham. opps, terjiwang pulak. sorrrryyyy=)

Monday, June 23, 2008

POLITIK

Dalam perjalanan pagi tadi, kebetulan saya singgah sekejap di kedai majalah. Beria-ria uncle kedai tu promote harakah kat saya. Saya belek-belek, menarik juga. Isu khas sempena 100 hari kerajaan pakatan rakyat. Lagipun dah lama tak baca akhbar begini, hari-hari baca utusan dan berita harian saja. Saya pun tak tahu kenapa, saya berfikir panjang untuk beli akhbar tu. Selepas belek-belek, saya pun terfkir, kenapalah saya susah-susah fikir, sekarang kat negeri tersayang yang saya pijak ini dalam pemerintahan pakatan rakyat? Haha kelakar juga. Akhirnya, saya pun beli dan dengan tak sabarnya baca sambil berjalan.


Ada pendapat pakar akademik, Prof. Madya Ghazali Mayudin dari UKM tentang perlunya rakyat mengubah pemikiran tentang wakil rakyat. Jika sebelum ini wakil rakyat seperti santa claus, suka-suka memberikan itu ini untuk memancing undi, sekarang pemikiran perlu berubah, mereka adalah wakil yang membawa masalah rakyat,cuba selesaikan mana yang boleh. Bukan lagi sesenang hati menabur wang sana sini. Begitulah lebih kurang maksud orang akademik itu. Bukan saya yang kata :)


Selepas membaca akhbar isu khas ini. Saya tahu pelbagai perkara yang saya tak tahu. Itulah, pembacaan perlu luas, bukan harapkan satu-satu sumber saja. Saya sependapat dengan SN Shahnon Ahmad, seperti kata beliau dalam autobiografinya,

Politik memang baik untuk seorang sasterawan, tapi tidak secara langsung
.

Friday, June 20, 2008

UPGRADE

Jika anda menggunakan pelayar Mozilla Firefox, jangan ketinggalan.
upgrade ke mozila 3 di sini.
Terlupa nak update blog semalam, maaflah, semalam Download Day, hari muat turun sedunia. saya dah cuba mozila 3, menarik, interface pun cantik!

Tuesday, June 17, 2008

MENCARI KUALITI

Salam.
Pagi tadi, ada topik pagi tentang kekurangan pelajar lelaki di universiti. setakat yang saya dengar, ada macam-macam pendapat yang pelik-pelik. bagi saya yang tak pelik ialah lelaki memang lebih malas daripada perempuan. jangan marah. Peace!!

baca:: Kekurangan pelajar lelaki di IPTA kian serius

dalam UTUSAN, ada di senaraikan sedikit hasil kajian Prof. Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan kelemahan pendidikan di kalangan pelajar Melayu. Antaranya:

  • 98 peratus ibu bapa tidak pernah melawat sekolah anak mereka dan 90 peratus lagi tidak melakukan pengawasan dalam hal tertentu termasuk menentukan anak-anak mempunyai peralatan persekolahan dan membuat kerja sekolah di rumah.
  • 73 peratus pelajar Melayu tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung pada guru.
nama MELAYU akhirnya disalahkan. bila lagi nak berubah?

Monday, June 09, 2008

MINYAK NAIK @ NAIK MINYAK?

Minyak naik harga!

seperti kata Kak Nisah,manusia cepat melatah. ramai yang mengajak saya berbincang dan kebanyakan kesimpulan adalah sama -ada sesuatu yang tak kena dalam pemerintahan ini.

pendapat saya, beri peluang kepada para pemimpin muda yang mempunyai ideologi sendiri, ya, mana tahu, generasi muda yang belum banyak makan garam dan belum kena darah tinggi ini ada penawarnya!

pemimpin tertinggi, TOLONGLAH, jangan sekat kami.
terima kasih khas untuk YB Nurul Izzah yang perjuangkan hak para mahasiswa yang perlukan sedikit kebebasan.

boleh baca ucapan sulung beliau di parlimen yang dikhaskan untuk mewakili suara orang muda di sini.

Monday, June 02, 2008

PENYAMUN

Tulisan ini bukan sambungan daripada kisah penyamun kak Rai, tapi saya yang alami sendiri.

Hari Jumaat malam Sabtu baru-baru ini, rumah saya dipecah masuk. Pada mulanya, menghampiri jam 11 malam, saya ke tandas berhampiran dapur, tiba-tiba dengar bunyi sesuatu pada pagar besi di dinding belakang dapur. Saya syak sesuatu, bunyi seperti pagar tergoncang kerana dipanjat orang. Saya intai sedikit di tingkap dapur, tak ada apa-apa. Saya diamkan saja, saya fikir mungkin adik saya yang sedang menonton TV pergi ke dapur tadi. Mak dan ayah saya sudah tidur.

Saya masuk ke bilik. Tak lama lepas tu saya dengar adik saya pun masuk tidur. Saya keluar tutup lampu pada bahagian tengah, seluruh rumah gelap, cuma bilik saya saja yang terang-benderang.

Sambil duduk atas lantai, pasang lagu dan buat ‘konsert solo’ saya pun begitu asyik meng’edit’ template baru untuk blog rasmi MPR. Lebih kurang 1 pagi, saya dengar bunyi seperti tingkap bilik saya cuba dibuka dari luar. Saya jelaskan sedikit, bilik saya di bahagian paling depan, tingkap bilik saya ada tiga, semuanya ber’grill’ tapi ada satu tingkap yang ‘grill’nya boleh dibuka untuk hal-hal kecemasan, kebakaran dan sebagainya. Malam itu, bunyi itu saya dengar di tingkap yang ‘grill’nya boleh dibuka itu. Kebetulan pula langsir tingkap itu terbuka sikit di tengah, sikit saja, kira-kira 10 cm, tapi cukup jika orang cuba mengintai dari luar.

Selepas mendengar bunyi itu, saya bingkas bangun dan merenung tengah tingkap yang sedikit terbuka langsirnya. Dengan sedikit kekuatan, saya tutup lampu bilik, mengintai ke luar sedikit dan beberapa saat saja, saya buka lampu kembali dengan sedikit malap. Fuh berderau. Tapi saya fikir positif, tak ada apa-apa. Dalam darah berderau tu, saya sudahkan sedikit editing blog MPR, terus tutup laptop dan tidur dengan lampu terbuka.

Subuh esoknya, mak saya ketuk pintu billik awal-awal kerana sangkakan saya tak tidur. Saya pun kata, “semalam dengar bunyi kat tingkap”. Mak saya diam saja.

Jam sembilan, barulah ayah saya perasan, kereta mak tak bertutup rapat dan keadaan dalam sedikit bersepah. Sah! Ada orang rompak. Duit syiling habis licin, dia cuba kopak beberapa bahagian dalam kereta, tak berjaya. Ada dua gugus kunci rumah kami yang satu lagi diambil. Mujurlah tak ada kunci rumah yang sedang kami duduki ni di dalam kereta. Kereta itu letaknya betul-betul sebelah bilik saya, dan saya tak dengar apa-apa! Beberapa barangan besi kerja ayah saya turut hilang. Entah macam mana mak boleh terlupa kunci kereta semalam.

MasyaAllah, waktu itu memang darah saya dah berderau sungguh-sungguh. Lihat tingkap saya, memang ada sedikit kesan kopak. Mungkin banyak yang boleh diselamatkan jika saya berfikiran sedikit negatif dan percaya kepada kata hati sewaktu saya dengar bunyi di pagar dapur dan ketika saya rasa diperhatikan sewaktu tutup semua lampu. Walau apapun, saya sangat bersyukur dia (atau mereka) tidak berjaya masuk ke dalam rumah. Saya rasa malam itu dia (atau mereka) nampak setiap gerak-geri saya, sial betul! Saya tak boleh bayangkan jika sewaktu bunyi di tingkap, saya masih berfikir ‘tak ada apa-apa’. dia (atau mereka), berjaya kopak tingkap bilik saya, buka grill, dan lepas tu apa? Na’uzubillah!

Kami yakin dia (atau mereka) akan kembali, mereka pasti sangka kunci yang diambil dari dalam kereta itu kunci bagi salah satu pintu rumah ini. Segugus kunci kemudiannya ditemui oleh adik saya di sisi pintu kayu bahagian dapur, memang dia (atau mereka) sungguh-sungguh mahu masuk ke rumah, segugus kunci lagi tak ditemui. Doakanlah yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Ketika menulis entri ini pun, saya masih lagi rasa darah berderau. Saya sangat risau memandangkan ayah saya kadang-kadang tidak ada di rumah, tinggal mak, saya dan adik saja. Doakanlah yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Saya sangat menghargainya.